Home Nasional Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025
Nasional

Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025

Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 5 Oktober- Selangor berharap beberapa projek penting di negeri itu dimasukkan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober nanti.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara projek itu ialah Projek Tebatan Banjir Sungai Langat serta Projek Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang.

\”Negeri Selangor turut menyenaraikan projek penting contohnya projek tebatan banjir sambungan untuk projek Sungai Langat dan sebagainya untuk melengkapkan proses tebatan banjir daripada daerah Hulu Langat sampai ke daerah Sepang.

\”Setakat ini fasa satu sudah selesai, fasa kedua sedang berjalan dan kita perlu penambahbaikan. Begitu juga peningkatan projek sedang dalam pembangunan semula. Contohnya Lapangan Terbang Subang membantu kita dalam membangunakan negeri,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi bersepadu Jabatan Imigeresen Malaysia Negeri Selangor di sini.

Amirudin turut berharap agar bidang semikonduktor mendapat insentif yang besar berikutan negeri itu mempunyai langkah agresif terhadap bidang tersebut.

Pada masa sama beliau berharap dana tertentu dalam meningkatkan taraf Jalan Persekutuan di Selangor dapat disenaraikan dalam Belanjawan 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....