Home Nasional Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir
Nasional

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar di Mesir yang melanjutkan pengajian tinggi di negara itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia berikutan proses pembelian bangunan di negara itu sangat rumit, usaha tersebut akan dimulakan dengan konsep menyewa rumah milik negeri lain.

\”Untuk pembelian prosesnya sangat rumit, kita juga bimbang tetapi apabila melihat rekod negeri lain sebelum ini, kadang kala tidak selesai proses perubahan dan peralihan hak milik tanah dan sebagainya.

\”Ada negeri berjaya, ada yang tidak berjaya dengan proses tersebut tetapi kita kena berhati-hati sebab itu kita mulakan dengan sewaan aset milik negeri lain atau sebagainya untuk menambah kediaman pelajar,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.

Bagaimanapun kerajaan negeri tekad mengumpul wakaf tunai untuk mempertingkatkan kemudahan pelajar di Asia Barat terutamanya di Mesir.

Terdahulu, Amirudin menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Wakaf Selangor bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan memperkasa kutipan wakaf tunai dan memudahkan pencarum bank melazimi ibadah wakaf.

Pada majlis sama, sebanyak 10 syarikat berkaitan kerajaan termasuk swasta menyalur sumbangan sejumlah RM700,000 bagi kegunaan dana wakaf negeri Selangor.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...