Wednesday , 19 March 2025
Home Nasional Sektor semikonduktor, Pulau Pinang laksana pelbagai usaha untuk kekal kompetitif
Nasional

Sektor semikonduktor, Pulau Pinang laksana pelbagai usaha untuk kekal kompetitif

Sektor semikonduktor, Pulau Pinang laksana pelbagai usaha untuk kekal kompetitif

Chow Kon Yeow

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kerajaan Pulau Pinang komited melaksana pelbagai usaha dalam memastikan negeri itu kekal kompetitif dalam pembangunan sektor semikonduktor di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri berusaha menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu hab global dalam bidang industri berteknologi tinggi.

Jelasnya, usaha tersebut akan membawa ke arah satu ekosistem matang dan rakyat bakal menikmati faedah daripada segi peluang pekerjaan dan perniagaan.

Selain itu, langkah memberi kenaikan gaji kepada graduan universiti turut dilaksana dalam usaha memastikan modal insan berkualiti dapat berkhidmat dalam sektor semikonduktor di negeri itu.

\”Malaysia khususnya Pulau Pinang sudah ada landasan kukuh untuk menarik pelaburan itu.

\”Pelaburan maksudnya peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan juga membawa limpahan kepada sektor hartanah, perniagaan dan institusi latihan dan sebagainya.. sebab semua ada kaitan dengan pembangunan industri,\” katanya selepas menjadi tetamu dalam program rancangan terbitan RTM di sini.

Tambahnya, selain terus mengembangkan aktiviti elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor sedia ada, pihaknya konsisten membangunkan rantaian bekalan bagi peralatan pembuatan bahagian hadapan dan menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan serta rekabentuk.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...