Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Seksyen 11 WCE laksana kutipan tol mulai 24 Julai
Nasional

Seksyen 11 WCE laksana kutipan tol mulai 24 Julai

Seksyen 11 WCE laksana kutipan tol mulai 24 Julai

FOTO WCE

IPOH, 19 Julai- West Coast Expressway (WCE) hari ini mengumumkan Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.

WCE menerusi satu kenyataan memaklumkan, kutipan tol Seksyen 11 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

\”Kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 94 sen hingga RM39.36.

\”Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan baki e-wallet dan kad Touch \’N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol,\”menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau memuat turun aplikasi WCE App atau jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, boleh hubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac lepas oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering) dan apabila siapa sepenuhnya ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan yang menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...