Home Nasional Sekolah padat: KPM sedia 12 bilik darjah kabin kepada SK Cyberjaya
Nasional

Sekolah padat: KPM sedia 12 bilik darjah kabin kepada SK Cyberjaya

Sekolah padat: KPM sedia 12 bilik darjah kabin kepada SK Cyberjaya

Sebanyak 12 buah bilik darjah kabin pasang siap diserahkan kepada SK Cyberjaya/ Foto: KPM

PUTRAJAYA, 2 September– Sebanyak 12 bilik darjah kabin pasang siap diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sebagai penyelesaian jangka pendek kepada isu sekolah padat yang dihadapi sekolah berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi berkata
projek bernilai lebih RM2 juta itu termasuk kerja ubah suai berkaitan, pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas.

Beliau berharap ia dapat memberi keselesaan kepada murid dan guru yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

“Bagi penyelesaian jangka panjang pula, sekolah baharu, iaitu SK Cyberjaya 2 kini sedang berada dalam fasa untuk memulakan pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027.

“Sekolah baharu yang dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain ini dapat membantu menangani isu sekolah padat di Cyberjaya dan di kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nik Nasarudin menyaksikan simbolik penyerahan Projek Siap Kelas Kabin/Modular sistem binaan berindustri (IBS) SK Cyberjaya daripada pihak kontraktor kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.

Menurut KPM, kerajaan telah meluluskan pembinaan 26 buah sekolah baharu seluruh negara pada tahun ini.

Sebelum ini, media melaporkan, situasi kepadatan murid Tahun 1 di sebuah sekolah rendah di Cyberjaya sehingga menempatkan 50 murid dalam satu kelas.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...