Home Nasional Sekolah daif, 77 projek bernilai RM1.12 bilion dilaksana
Nasional

Sekolah daif, 77 projek bernilai RM1.12 bilion dilaksana

Sekolah daif, 77 projek bernilai RM1.12 bilion dilaksana

Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM1.12 bilion bagi melaksanakan 77 projek sekolah daif di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak / Foto Hiasan

KLUANG, 2 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM1.12 bilion bagi melaksanakan 77 projek sekolah daif di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Peruntukan tersebut merangkumi RM584.7 juta untuk 31 projek pada tahun ini dan RM541.8 juta bagi 46 projek pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tahun lalu, dua projek berjaya disiapkan sepenuhnya manakala 32 projek lagi sedang dalam proses pembinaan, sementara yang selebihnya berada dalam fasa reka bentuk dan perolehan.

\”Hari ini, kita berada di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang dan kita boleh melihat salah satu projek pembinaan kantin bernilai RM2.2 juta di sekolah ini. Kantin lama dirobohkan dan ini adalah salah satu contoh projek sekolah daif yang sedang dilaksanakan,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, di sini.

Tambah Ahmad, kemajuan fizikal projek di sekolah tersebut telah mencapai tiga peratus siap, termasuk pembinaan laluan keluar masuk yang bermula pada 18 Julai lalu.

Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada November tahun hadapan dan akan memberi manfaat kepada lebih 400 warga sekolah.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...