Home Nasional Sekolah Agama Kerajaan Johor disaran perkasa, gerakkan persatuan alumni
Nasional

Sekolah Agama Kerajaan Johor disaran perkasa, gerakkan persatuan alumni

Sekolah Agama Kerajaan Johor disaran perkasa, gerakkan persatuan alumni

Foto FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 24 Julai- Sekolah Agama Kerajaan Johor disaran untuk memperkasa dan menggerakkan persatuan alumni bagimembantu serta menyumbang semula kepada tambah baik keperluan sekolah masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pendekatan itu dilihat dapat membantu pihak sekolah mencari dana lain, selain yang diperuntukkan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau menjadikan Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru yang berjaya memperkasakan persatuan alumni, sehingga berjaya mengumpul dana sehingga RM1 juta.

\”Jadi saya nak cadangkan kalau boleh ramai je nak infak, nak bantu alhamdulillah bila kita buat Program Semarak Subuh setiap minggu ramai individu yang tampil untuk membantu.

\”Tapi kalau kita tak rencakan, kita strategikan begitu dia (penyumbang) tak bagi, sebab dia tak tahu saluran.

\”Saya yakin ramai orang Johor yang dah berjaya, baru nak menyumbang balik kepada negeri Johor, cuma kita kena buka \’channel\’ (saluran) untuk mereka menyumbang kembali,\” katanya semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Sekolah Kerajaan Negeri Johor di sini.

Dalam masa sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yakin idea itu bernas dan telah digunakan di beberapa buah sekolah serta mengakui perkara berkenaan belum dimulakan di semua sekolah agama.

Beliau turut menyambut baik cadangan tersebut dan akan melaksanakannya dengan kadar segera selepas mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...