Home Nasional Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus
Nasional

Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus

Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah

PADANG TERAP, 26 November– Sebuah keluarga di Desa KEDA Bendang Tok Teri, Naka di Padang Terap, Kedah tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran, lewat petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.12 petang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah mengarahkan jentera ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 40 kali 50 kaki persegi.

Pihak bomba menggunakan dua aliran tiga pancutan untuk memadam kebakaran.

Kebakaran menyebabkan 85 peratus struktur rumah musnah.

Sebuah kereta turut terbakar hampir keseluruhannya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....