Home Nasional Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan
Nasional

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Peserta bergambar kenangan pada penghujug program/Foto Penganjur

SHAH ALAM, 1 Ogos -Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal atau “Major Depressive Disorder” MDD berkumpul untuk berkongsi pengalaman dan harapan baharu menerusi program Inisiatif Sejuta Harapan anjuran NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental) dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Perdana Menteri.

Program yang berlangsung di Setia Alam, Selangor itu digerakkan bagi menggalakkan mereka yang berdepan masalah itu lebih ramai tampil mendapatkan bantuan.

Menurut Pengasas dan Presiden NGO Empati Syahida Zulkarnain, inisiatif itu digerakkan susulan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 yang mendapati bahawa sejuta rakyat Malaysia berusia lebih 15 tahun telah mengalami kemurungan.

“Kami berharap lebih ramai yang berani tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan, seterusnya mampu memberi harapan kepada pejuang-pejuang yang mengalami kemurungan,” kata, Syahida.

Antara lain program itu menyediakan platform lebih selamat untuk para peserta berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu mengharungi fasa kemurungan.

“Melalui program ini juga para pejuang berpeluang untuk bersosial secara sihat, selain berpeluang membina sistem sokongan yang berkala dan khusus untuk pesakit yang memerlukan,” tambahnya.

Menurut Syahida, penganjurannya sebahagian daripada inisiatif berkala untuk membina sistem sokongan yang dipercayai oleh komuniti pejuang penyakit mental, khususnya anak muda.

“Sistem sokongan ini menggunapakai teori Dr Irvin Yalom yang meletakkan 11 prinsip yang perlu ada dalam sesebuah sistem sokongan, termasuklah prinsip ‘cohesiveness’,” jelas Syahida.

Program bermula dengan aktiviti riadah santai dan ceramah disampaikan pendokong kesihatan mental juga seorang penulis buku, Aiman Amri.

“Program ini berkonsepkan bengkel selama 4 jam memanfaatkan 35 pejuang MDD. Kami menerapkan kepentingan aspek yang boleh diubah untuk memecahkan kitaran kemurungan, iaitu mengurangkan isolasi atau bersendiri di bilik sahaja,” jelas Aiman.

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...