Home Nasional Sedia pengajian ilmu terkini, hasil pemikiran lebih kreatif
Nasional

Sedia pengajian ilmu terkini, hasil pemikiran lebih kreatif

Sedia pengajian ilmu terkini, hasil pemikiran lebih kreatif

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin

SHAH ALAM, 2 September – Institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia perlu menyediakan pengajian ilmu terkini yang mampu mencorakkan pemikiran masyarakat secara lebih kreatif dan kritis.

Ini bagi mewujudkan persaingan di pentas global, sekali gus memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan kepada komuniti setempat.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah, justeru peranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan universiti penting, dalam melahirkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi seterusnya memenuhi kehendak pasaran kerja.

\”Melihatkan situasi ini, IPT seluruhnya perlu meneliti bidang-bidang tujahan baharu yang relevan dengan keperluan industri agar dapat mempersiapkan graduan untuk terus bekerja dan memperkembangkan kerjaya. Ilmu keusahawanan dan penggunaan teknologi digital harus diperkasa agar kemahiran tambahan ini dapat memberi pendedahan kepada graduan untuk bergerak ke hadapan dalam apa sahaja situasi yang melanda,\” titah Tengku Permaisuri Selangor.

Baginda bertitah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-99 di Kampus Shah Alam, di sini.

IPT perlu mempertimbangkan latihan kemahiran dan kursus professional jangka pendek yang relevan agar mahasiswa lebih kompeten bagi mengharungi cabaran seterusnya menyumbang khidmat dalam menembusi pasaran global.

Dalam majlis berkenaan, Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan anugerah kepada 107 graduan melibatkan ijazah doktor falsafah (PhD) pelbagai bidang dan sarjana kepakaran klinikal selain kepada 15 pelajar terbaik.

UiTM berada di kedudukan ke 587 terbaik dunia menerusi QS World University Rankings 2025 selain di tempat ke-98 bagi QS Asia University Rankings 2024.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...