Home Nasional Satu hari cuti tambahan buat semua pelajar ILJTM
Nasional

Satu hari cuti tambahan buat semua pelajar ILJTM

Satu hari cuti tambahan buat semua pelajar ILJTM

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 25 Oktober- Kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada pelajar Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), sempena sambutan Hari Deepavali yang akan disambut pada 31 Oktober ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, bagi ILJTM di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti tambahan ialah pada 30 Oktober manakala ILJTM di negeri-negeri lain pada 1 November depan.

\”Memandangkan terdapat 1,500 orang pelajar India di ILJTM, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada semua pelajar ILJTM.

\”Cuti panjang selama empat hari dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pelajar ILJTM khususnya pelajar India yang beragama Hindu, bagi menyambut perayaan Hari Deepavali bersama-sama keluarga,\” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kelas gantian perlu diadakan mengikut tarikh yang bersesuaian sebelum berakhirnya semester latihan bagi mencapai dan mencukupkan jam latihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

31 Oktober 2024 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....