Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Sasaran eksport negara kekal, di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar
Nasional

Sasaran eksport negara kekal, di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar

Sasaran eksport negara kekal, di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Februari– Sasaran eksport Malaysia tahun ini masih kekal, di sebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar susulan perang tarif.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, masih terlalu awal untuk melihat impak daripada ketegangan perdagangan global kepada negara buat masa ini.

Jelasnya, usaha untuk mengekal serta mengukuhkan hubungan ekonomi dengan negara terlibat dijalankan secara proaktif.

\”Bagi Malaysia, kita mempunyai pelan sendiri untuk memastikan kita terus \’engage\’ dengan Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain kerana kita ekonomi yang terbuka dari segi perdagangan terutamanya.

\”Oleh itu, kita di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama agensi seperti Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meneruskan program-program seperti biasa buat masa ini\”, katanya kepada mediaselepas Perasmian Pameran Nuansa oleh Graduan Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bukit Bintang.

Pada masa sama, kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan terkini melibatkan dasar perdagangan di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Tahun ini, eksport negara disasar tumbuh lima peratus daripada RM1.51 trilion dicatatkan tahun lalu.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...