Home Nasional Sarawak tunggu maklum balas sebelum tambah stok vaksin influenza
Nasional

Sarawak tunggu maklum balas sebelum tambah stok vaksin influenza

Sarawak tunggu maklum balas sebelum tambah stok vaksin influenza

Timbalan Premier Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian (kanan) merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menyuntik penerima suntikan pada majlis pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan Kepada Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Klinik Batu Kawa hari ini / BERNAMA

KUCHING, 7 Mac- Kerajaan Sarawak akan mendapatkan maklum balas mengenai keperluan vaksin influenza di negeri itu sebelum memperoleh bekalan baharu, bagi mengelakkan pembaziran akibat tarikh luput.

Timbalan Premier, Datuk Dr. Sim Kui Hian berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap dos yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya.

\”Apa yang penting, kita tidak mahu membeli vaksin jika tiada permintaan, kerana akhirnya kita akan dituduh membazir,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan untuk warga emas di Klinik Kesihatan Batu Kawa, Kuching, pagi tadi.

Mengulas mengenai kekurangan stok vaksin influenza di Sarawak baru-baru ini, Dr. Sim memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan telah membekalkan 14,000 dos vaksin bagi kegunaan kira-kira 300,000 penduduk negeri berkenaan.

Namun, beliau mengakui jumlah tersebut masih tidak mencukupi, berikutan permintaan vaksin influenza yang semakin meningkat tahun ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan tambahan bekalan bagi memenuhi keperluan rakyat Sarawak.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Dr. Sim memaklumkan lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka.

Jelasnya, penempatan petugas penjagaan kesihatan ialah satu daripada isu yang sedang dibincangkan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Itulah sebabnya kita mahu menguruskan sistem penjagaan kesihatan daripada menunggu keputusan penempatan oleh kerajaan Persekutuan. Perkara ini antara isu di bawah MA63 yang dibincangkan supaya kita dapat membuat keputusan sendiri.

“Kami (memahami) bahawa kebanyakan mereka lebih suka untuk bekerja di negeri asal. Kos untuk pulang ke kampung halaman juga lebih murah dan perbezaan amat ketara,” katanya lagi.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...