Home Nasional Sarawak tuan rumah Persidangan Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024
Nasional

Sarawak tuan rumah Persidangan Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024

Sarawak tuan rumah Persidangan Speaker Parlimen dan Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024

FOTO HIASAN

KUCHING, 9 September- Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini.

Speaker Dewan Undangan negeri, DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar memberitahu tahun ini, seramai 42 orang delegasi yang terdiri daripada Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia serta Setiausaha Dewan masing-masing akan menyertai persidangan yang akan diadakan salah sebuah hotel di Kuching.

Katanya lagi, persidangan tersebut akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Santapan, Bangunan DUN Sarawak.

Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan pada persidangan kali ini, iaitu daripada Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Speaker DUN Sarawak.

Tambahnya, antara yang akan dibincangkan ialah pindaan kepada beberapa peraturan mesyuarat merangkumi pengaruh media sosial terhadap persidangan samada di peringkat Parlimen mahupun Dewan.

Beliau berharap persidangan kali ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Parlimen dan DUN sebagai platform untuk memajukan demokrasi dan meningkatkan kebertanggungjawaban Kerajaan kepada rakyat.

Antara lain, persidangan tersebut bertujuan memperkasakan peranan institusi Speaker, peranan Parlimen dan DUN sebagai platform yang mewakili suara rakyat, selain menjadi forum perkongsian ilmu dan pengalaman antara para Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...