Home Nasional Sarawak terima ramai pelancong dari Indonesia
Nasional

Sarawak terima ramai pelancong dari Indonesia

Sarawak terima ramai pelancong dari Indonesia

Bandaraya Kuching pada waktu malam

KUCHING, 4 Januari – Promosi pelancongan Sarawak di peringkat antarabangsa terus menunjukkan keberhasilan, dengan peningkatan ketara dalam jumlah pelancong dari negara jiran.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyatakan kemasukan kenderaan dari Indonesia ke lokasi pelancongan dan pusat membeli-belah membuktikan Kuching sebagai destinasi selamat dan popular.

\”Kuching semakin mendapat tempat di hati pelancong dari negara jiran, terutamanya Indonesia, berdasarkan kehadiran mereka yang memenuhi lokasi tumpuan,\” katanya kepada media selepas menghadiri Konsert Jelajah 50 Tahun Boney M di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada malam ini.

Katanya, Sarawak menyasarkan 5 juta pengunjung dengan pendapatan pelancongan bernilai RM10 bilion bagi tahun 2025.

Beliau optimis sasaran ini dapat dicapai menerusi pembangunan infrastruktur hospitaliti, termasuk pembinaan hotel baharu yang kini giat dijalankan.

Terdahulu, konsert kumpulan pop legenda Amerika, Boney M, turut menarik kira-kira 2,000 penonton dari dalam dan luar Sarawak.

Dalam siri jelajah pertama kumpulan itu tahun ini, mereka mempersembahkan koleksi hits termasuk lagu ikonik Daddy Cool.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...