Thursday , 14 November 2024
Home Nasional Sarawak sedia wang saku pelajar di IPT; Manfaat 25 ribu pelajar
Nasional

Sarawak sedia wang saku pelajar di IPT; Manfaat 25 ribu pelajar

Foto / Bernama

KUCHING, 12 November – Bermula tahun depan, anak Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi akan menerima wang saku RM1,200 setahun.

Inisiatif ini diumum Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membacakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Ke-19 semalam.

Jelasnya, bantuan kewangan ini akan memanfaatkan 25,000 orang pelajar negeri itu daripada keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan.

\”Wang yang diberikan akan dibelanjakan untuk makanan dan barangan keperluan untuk membantu mereka mengurangkan kos sara hidup. Di bawah Bajet ini, sejumlah RM30 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini.

\”Selain itu, beberapa inisiatif berkaitan pendidikan turut diumum antaranya peruntukan sebanyak RM15 Juta akan disediakan untuk diskaun bayaran balik pinjaman P-T-P-T-N sebanyak 30 peratus,\” jelas Premier Sarawak.

Beliau turut mengumumkan dana Dua Juta Ringgit untuk penerusan inisiatif Baucar buku RM500 seorang untuk pelajar I-P-T-A dan I-P-T-S Sarawak dengan isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

Dana Bantuan komputer riba percuma juga ditambah tahun depan daripada 15-Juta Ringgit setahun kepada 30.5 Juta Ringgit setahun.

\”Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada lebih 10-ribu orang pelajar berbanding lima ribu orang tahun ini.

Sarawak juga mengambil tindakan untuk mempersiapkan pelajar di tingkatan empat dan lima untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui perlaksanaan Program Peningkatan Pendidikan (S-E-E-P).

RM20 Juta Ringgit diperuntuk untuk membiayai tuisyen percuma berbanding RM15 Juta pada tahun lepas.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...