Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Sarawak sedia tambah dana pembinaan infrastruktur CIQS
Nasional

Sarawak sedia tambah dana pembinaan infrastruktur CIQS

Sarawak sedia tambah dana pembinaan infrastruktur CIQS

Tan Sri Dr Abang Johari melancarkan buku biografi ‘Gabenor Pertama Sarawak: Tun Openg’

KUCHING, 4 Ogos- Sarawak sedia membiayai sebahagian daripada kos pembinaan jalan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, CIQS di sempadan Sarawak-Indonesia.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg, projek tersebut harus bermula tahun ini memandangkan Ibu Negara Indonesia sudah berpindah secara rasmi di Nusantara, Kalimantan.

Jalan sempadan yang utamakan adalah Tebedu di Serian, Biawak di Lundu, Bakalalan di Lawas dan Tapak Megah di Kapit.

“Kita memang sudah ada kerjasama (dengan kerajaan Persekutuan) dan pendekatan untuk majukan kawasan persempadanan, lebih-lebih lagi Tebedu-Entikong dan Ba’Kelalan.

“Kita sukarela untuk tolong contohnya sebab ada berkembar. Laluan kenderaan ke Tebedu dan terdapat kawasan industri bersebelahan Tebedu, supaya kita dapat membina jalan raya dan melabur di sana,”katanya.

Ia merupakan susulan dana satu billion ringgit dari kerajaan persekutuan yang diumumkan Januari tahun lalu bagi tujuan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku biografi‘Gabenor Pertama Sarawak: Tun Openg’ di Kuching.

Buku karya Datuk Dr. Jeniri Amir ini merupakan hasil selepas 16 tahun penyelidikan terhadap Tun Abang Openg Abang Sapiee, seorang tokoh monumental dalam sejarah Sarawak.

Buku bertajuk ‘Gabenor Pertama Sarawak: Tun Openg’ menawarkan pandangan mendalam tentang kehidupan seorang tokoh politik terkenal di Sarawak, memberi penerangan tentang perjalanan luar biasa dan impak mendalam beliau.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...