Home Nasional Sarawak komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Nasional

Sarawak komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik

Sarawak komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Foto RTM

KUCHING, 10 November-Kerajaan Sarawak komited untuk menyediakan rumah mampu milik bagi golongan B40 di negeri berkenaan.

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi membolehkan golongan tersebut tinggal berhampiran dengan tempat kerja di bandar-bandar utama seperti Kuching.

Katanya ia sejajar dengan dasar inklusif kerajaan yang mahu semua pihak hidup bersama tanpa mengira status kewangan.

Tan Sri Abang Johari berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak, SHEDA di Kuching malam tadi (Sabtu).

Dalam pada itu, beliau mahu SHEDA memainkan peranan dalam mempromosikan program Malaysia Rumah Keduaku, MM2H Sarawak.

Dengan kadar perumahan di negeri ini yang jauh lebih murah berbanding Singapura, beliau mahu Sheda meningkatkan keyakinan pelabur dan pembeli melalui kualiti rumah yang disediakan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....