Sunday , 23 February 2025
Home Nasional Sarawak guna teknologi baharu kaji pembiakan ikan terubuk
Nasional

Sarawak guna teknologi baharu kaji pembiakan ikan terubuk

Sarawak guna teknologi baharu kaji pembiakan ikan terubuk

FOTO HIASAN

KUCHING, 19 Februari- Kerajaan Negeri Sarawak akan menggunakan teknologi terkini untuk membuat penyelidikan berkaitan pembiakan ikan terubuk di kawasan Batang Lupar yang dilihat semakin pupus.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan penyelidikan itu akan dibuat oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak SFC dengan menggunakan peranti “submarine device”.

Jelasnya, peranti tersebut akan menyelam sehingga 300 meter di bawah permukaan laut dan merekod data persekitaran habitat dalam laut tersebut.

Jelas Premier, sebelum ini satu penyelidikan pernah dibuat di Pulau Seduku dengan kerjasama penyelidik dari New Zealand namun tidak memberi hasil positif.

“Jadi dengan ada teknologi ini saya mungkin akan minta mereka buat kajian. Sama ada kita boleh membiakkan turubuk secara teknologi baharu.

\”Teknologi itu akan mengkaji tumbesaran ikan terubuk di Batang Lupar dan Batang Lassa Rajang yang mempunyai perbezaan,\” katanya.

Menurutnya lagi, peranti tersebut juga akan mengkaji jenis Ikan terubuk turut mempunyai kaitan dengan jenis sama di Bangladesh.

“Ada yang menyebut bahawa ikan turubuk kita ada kaitan dengan terubuk di Bangladesh, kerana negara itu mengeluarkan ikan terubuk, jadi mungkin dengan peranti itu kita boleh buat kajian untuk membiak ikan turubuk agar ianya tidak terhapus,\” katanya.

Tan Sri Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Wisma Lestari yang merupakan pejabat bangunan baharu SFC.

Berucap pada majlis itu, Premier berkata bangunan premis baharu tersebut yang dilengkapi dengan makmal forensik akan mempergiatkan lagi kajian terhadap khazanah yang terdapat di negeri itu.

Related Articles

Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah
Nasional

Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah

Penduduk bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bangsal Lebah/ Foto RTMKAYANG, 23...

Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung
Nasional

Program Perkelahan Astronomi tarik lebih 1,500 pengunjung

FOTO FACEBOOK Planetarium Negara PUTRAJAYA, 23 Februari-Program Perkelahan Astronomi yang dianjurkan Planetarium...

Ahli parti PKR diingatkan jangan sambil lewa – Wan Azizah
Nasional

Ahli parti PKR diingatkan jangan sambil lewa – Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail/RTMKUALA LUMPUR, 23 Februari- Ahli Parlimen Bandar Tun...

Anwar tekankan kepentingan semangat pasukan dalam Jemaah Menteri
Nasional

Anwar tekankan kepentingan semangat pasukan dalam Jemaah Menteri

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 23 Februari- Peranan, tugas dan tanggungjawab yang...