Home Nasional Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Nasional

Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya

Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya

FOTO FAIL BERNAMA

KUCHING, 5 Ogos- Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata lawatan yang bermula hari ini bertujuan menganalisis ekosistem spesies buaya di Australia terutama buaya yang hidup di air masin dan air tawar.

“Kami ingin mengkaji bagaimana mereka menguruskan buaya dan kaedah pemburuan dan apa yang mereka lakukan dengan haiwan berkenaan jika perlu menghapuskan (bunuh) sambil memastikan tidak melanggar undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kajian itu merangkumi mengkaji sungai dan sistem air di Australia untuk memastikan buaya dan haiwan lain dapat hidup dalam habitat tanpa reptilia berkenaan menimbulkan ancaman kepada manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Herpetologi Sedunia kali ke-10 (WCH10) di sini hari ini.

Beliau berkata delegasi itu turut disertai Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri Datuk Len Talif Salleh.

Pada November tahun lepas, Len Talif berkata berdasarkan data Perbadanan Perhutanan Sarawak, populasi buaya di negeri ini meningkat daripada kira-kira 13,500 pada 2014 kepada 24,700 dalam tempoh sembilan tahun.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis pelancaran kongres berkenaan Abang Johari berkata selama dua tahun lepas, kerajaan Sarawak mendokumentasikan 18 spesies baharu yang 12 daripadanya terdiri spesies katak.

Beliau turut menyuarakan harapan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar akan memainkan peranan lebih penting dalam pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar terutama dalam penyelidikan, inovasi dan inisiatif strategik di seluruh rantau ini.

WCH10 yang berlangsung hari ini hingga 9 Ogos menarik 1,400 delegasi antarabangsa daripada 70 negara untuk membincangkan pelbagai topik seperti kemajuan terkini serta usaha pemuliharaan global berkaitan reptilia dan amfibia. – BERNAMA

Related Articles

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTMKANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi...

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Foto RTMKUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak...

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 8 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri terus...

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad
Nasional

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad

KPKT progresif tutup 2,634 tapak pelupusan sampah haram tahun 2024NILAI, 7 Disember...