Home Nasional Sarawak bakal miliki pusat seni persempahan persis Royal Albert Hall di London
Nasional

Sarawak bakal miliki pusat seni persempahan persis Royal Albert Hall di London

Sarawak bakal miliki pusat seni persempahan persis Royal Albert Hall di London

Seorang wanita membuat persembahan tarian tradisional Dayak pada Program \’Night At The Museum\’ di Muzium Budaya Borneo

KUCHING, 21 September – Kerajaan Sarawak kini melabur dalam tiga sektor utama bagi meningkatkan ketibaan pelancong dan menjadikan negeri ini sebagai pusat acara terkemuka di rantau ini dalam beberapa tahun akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah-langkah strategik sedang diambil, termasuk pengubahsuaian Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya menjadi Pusat Seni dan Persembahan Sarawak, yang berinspirasi daripada Royal Albert Hall di London.

Projek tersebut, yang menelan belanja sebanyak RM300 juta, akan dilengkapi dengan sistem audio visual bertaraf antarabangsa bagi menarik lebih banyak acara seni dan budaya ke Sarawak.

\”Dengan pelaburan ini, kami berharap dapat menjadikan Sarawak destinasi pilihan utama untuk acara seni dan persembahan di rantau ini,\” ucapnya pada Program\’Night At The Museum\’ di Muzium Budaya Borneo, di sini, malam ini.

Selain itu, jumlah ketibaan pelancong dijangka bertambah dengan penubuhan syarikat penerbangan sendiri oleh kerajaan Sarawak, yang dijadualkan mula beroperasi hujung tahun ini.

Langkah ini dijangka memudahkan akses pelancong ke negeri ini dan memperkukuh industri pelancongan tempatan.

Beliau juga memuji usaha Jabatan Muzium Sarawak dalam menaikkan taraf muzium tersebut sehingga bertaraf antarabangsa.

\”Kejayaan Muzium Budaya Borneo menjadi salah satu tarikan utama pelancongan menunjukkan komitmen kami dalam memperkasakan pelancongan budaya,\” katanya.

Program tersebut menampilkan persembahan artis terkenal seperti Firdaus Materang, Banie Faizu, dan kemuncak oleh Anuar Zain, serta pertunjukan fesyen etnik Sarawak dan teater musikal \’Kerajaan Banting\’.

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Fauzi dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....