Home Nasional Sambutan pelbagai perayaan bukti keterbukaan, toleransi perkauman dipelihara
Nasional

Sambutan pelbagai perayaan bukti keterbukaan, toleransi perkauman dipelihara

Sambutan pelbagai perayaan bukti keterbukaan, toleransi perkauman dipelihara

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 10 Februari- Sambutan pelbagai perayaan di Pulau Pinang merupakan antara bukti keterbukaan kerajaan negeri dalam mengamalkan sikap toleransi sekali gus memastikan keharmonian kaum terus terpelihara.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, beliau turut berbangga berikutan semua perayaan di negeri itu disambut pelbagai kaum malah ia turut diraikan pelancong asing.

\”Pulau Pinang kini semakin terkenal sebagai negeri yang mengamalkan sikap terbuka berikutan setiap perayaan pelbagai agama disambut dengan baik.

\”Keharmonian itu menjadi tarikan pelancong menerusi perayaan ikonik seperti Tahun Baharu Cina, Thaipusam, Cap Goh Mei dan lain-lain perayaan sepanjang tahun di Pulau Pinang,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan akhir Thaipusam serta lawatan ke Thaneer Panthal di Jalan Utama di sini.

Dianggarkan lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong asing akan menghadiri sambutan Thaipusam di Pulau Pinang.

Related Articles

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu
Nasional

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di rumah saudararanya di Chukai, Terengganu.KUANTAN, 5 Mei...

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir
Nasional

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz...

Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut...

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.BATU PAHAT, 5 Mei...