Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Sambutan Hari Kebangsaan, keselesaan pengunjung jadi keutamaan – Fahmi
Nasional

Sambutan Hari Kebangsaan, keselesaan pengunjung jadi keutamaan – Fahmi

Sambutan Hari Kebangsaan, keselesaan pengunjung jadi keutamaan – Fahmi

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 15 Ogos- Keselesaan pengunjung yang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini diberi keutamaan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Ia apabila jumlah kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya akan ditambah.

Selain itu, pemasangan lebih banyak skrin LED bersaiz besar turut dipasang di beberapa tempat sepanjang jalan menghala ke arah Dataran Putrajaya.

\”Secara umumnya kalau tak silap saya ia adalah \’double\’ (berganda) jumlah tahun lalu.. LED kita akan ada sepanjang laluan perarakan ..kalau tak silap saya sekurang kurangnya 14 skrin boleh ditonton oleh orang yang datang sekitar kawasan itu,\” kata Fahmi kepada media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 di sini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata tidak timbul sebarang isu mengenai parti komponen Kerajaan Perpaduan yang tidak dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula minggu hadapan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pihaknya menghormati keputusan dan pendirian yang dibuat UMNO mengenainya.

\”Tiada masalah..sebab kita bertemu hampir setiap hari. Jadi tiada sebarang isu dan kita hormat sebarang keputusan yang dibuat,\” kata Fahmi.

Sementara itu, mengenai semakan semula keputusan pembatalan perintah larangan terhadap penerbitan komik berjudul \’Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama\’, Fahmi berkata Kabinet belum berbincang mengenai perkara tersebut.

\”Kita belum bincang lagi perkara ini dalam Jemaah Menteri, jadi saya tak boleh tambah sebab belum dibincangkan..kita hormat keputusan mahkamah,\” katanya.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...