Home Nasional Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah
Nasional

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah

Sambutan Chap Goh Mei di Kangar sederhana tapi meriah

FOTO PEJABAT DUN INDERA KAYANGAN

KANGAR, 12 Februari- Lebih 1,000 masyarakat Cina di Perlis menyambut perayaan ‘Chap Goh Mei 2025’ dengan penuh kemeriahan, warna-warni, dan tradisi di hadapan Pasaraya Ten Ten, Kangar.

Menurut ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling, perayaan seperti Chap Goh Mei bukan sekadar milik satu kaum, tetapi juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan dan memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

\”Chap Goh Mei, yang menandakan malam ke-15 serta penutup sambutan Tahun Baru Cina, merupakan detik istimewa bagi masyarakat Tionghua.

\”Ia bukan sahaja simbol kegembiraan dan kemakmuran, tetapi juga lambang keharmonian serta perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi tunjang kekuatan negeri dan negara kita,\” katanya.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang menyempurnakan simbolik perasmian Chap Goh Mei 2025.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan bunga api, nyanyian dan pertunjukan Chen Shi Taichi Negeri Perlis, serta beberapa persembahan kebudayaan lain yang menceriakan suasana malam bersejarah itu.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Chan Ming Kai.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...