Saturday , 16 November 2024
Home Nasional Saham telekomunikasi, perladangan pacu indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi
Nasional

Saham telekomunikasi, perladangan pacu indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi

Saham telekomunikasi, perladangan pacu indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, dipacu oleh saham-saham telekomunikasi dan perladangan walaupun dalam sentimen lemah serta senario kebanyakan pasaran serantau yang rendah.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.74 mata atau 0.17 peratus daripada 1,633.81 sebelumnya.

Indeks itu dibuka menokok 0.25 mata pada 1,634.06 dan bergerak dalam julat 1,632.53 hingga 1,638.29 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 736 berbanding 445 manakala 495 kaunter tidak berubah, 782 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangannya.

Saham SD Guthrie meningkat 20 sen kepada RM4.50, Kuala Lumpur Kepong melonjak 60 sen kepada RM21.50, Axiata menambah empat sen kepada RM2.63 dan Maxis meraih tiga sen kepada RM3.63.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.43 juta unit bernilai RM3.27 bilion daripada 5.49 bilion unit bernilai RM4.22 bilion pada Khamis.

Input nilai indeks FBM KLCI Bursa Malaysia mengalami gangguan perkhidmatan selepas waktu rehat tengah hari berikutan isu gangguan IT global yang melibatkan bank-bank utama, media, lapangan terbang, dan syarikat penerbangan. Perkhidmatan itu disambung semula pada 3.21 petang.

Sementara itu, indeks-indeks utama serantau ditutup lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung bagi saham teknologi yang dipengaruhi oleh petunjuk negatif dari Wall Street selepas mencatat kenaikan berturut-turut sebelum ini.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dari sudut positif, kalangan pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah utama September, disokong oleh peningkatan keyakinan dalam mencapai kestabilan ekonomi.

Pasaran serantau menyaksikan Indeks Hang Seng Hong Kong turun 2.03 peratus kepada 17,417.68, Indeks Komposit Jakarta Indonesia susut 0.36 peratus kepada 7,294.50, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.68 peratus kepada 3,447.56 dan Nikkei 225 Jepun menguncup 0.16 peratus kepada 40,063.79.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM6.06, Press Metal meraih enam sen kepada RM5.56, Maybank dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM10.10 dan RM14.44 manakala Public Bank dan IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM4.24 dan RM6.33.

Antara kaunter aktif, Berjaya Corp menokok satu sen kepada 40 sen, ATA IMS naik 2.5 sen kepada 49 sen, Hubline dan Alpha IVF tidak berubah pada 10 sen dan 32.5 sen, Ekovest sebaliknya turun satu sen kepada 56.5 sen, MYEG berkurangan 1.5 sen kepada 98.5 sen, OCR Group menguncup setengah sen kepada 12 sen manakala Dataprep merosot 1.5 sen kepada 21.5 sen.

Saham keselamatan siber Malaysia Securemetric naik 1.5 sen kepada 22.5 sen dan LGMS meraih satu sen kepada RM1.70 manakala syarikat teknologi Dagang NeXchange tidak berubah pada 44.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas merosot 1.99 mata kepada 12,676.42, Indeks FBMT 100 meningkat 1.02 mata kepada 12,246.68, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 33.63 mata kepada 13,053.29, Indeks FBM 70 berkurangan 2.09 mata kepada 18,976.70 dan Indeks FBM ACE kehilangan 3.12 mata kepada 5,999.10.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan susut 26.69 mata kepada 7,101.40, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 65.06 mata kepada 18,000.23, Indeks Tenaga turun 0.12 mata kepada 972.26 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 3.96 mata kepada 196.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.35 bilion unit bernilai RM2.84 bilion daripada 3.20 bilion unit bernilai RM3.73 bilion pada Khamis.

Waran berkurangan kepada 1.19 bilion unit bernilai RM158.20 juta daripada 1.53 bilion unit bernilai RM199.72 juta semalam.

Selain itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 888.68 juta saham bernilai RM277.57 juta daripada 760.02 juta saham bernilai RM288.77 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 299.94 juta saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (514.49 juta); pembinaan (349.09 juta); teknologi (296.73 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (94.49 juta); hartanah (243.61 juta); perladangan (59.49 juta); REIT (10.32 juta); dana tertutup (39,900); tenaga (136.78 juta); penjagaan kesihatan (66.67 juta); telekomunikasi dan media (43.60 juta); pengangkutan dan logistik (141.77 juta); utiliti (88.71 juta) dan unit amanah perniagaan (2.04 juta).- BERNAMA

Related Articles

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan
Nasional

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan

Foto RTMLIMA, 15 November-Malaysia selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC) tahun...

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs
Nasional

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs

FOTO FCoEEKANGAR, 15 November- Seramai 509 orang pelajar dari 25 buah sekolah...

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC
Nasional

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC

Foto Facebook anwaribrahimofficialLIMA,15 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan...

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Nasional

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Foto PMOLIMA, 15 November–Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan 50...