Home Nasional S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati – Polis
Nasional

S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati – Polis

S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati – Polis

PDRM

KUALA LUMPUR, 8 Disember- S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong di Pahang pada 30 November lalu kini disahkan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Penguasa Polis (SP) Zaiham Mohd Kahar memaklumkan bahawa wanita tersebut telah membuat laporan di sebuah balai polis di Perak dan menjelaskan bahawa dia keluar daripada rumah atas kerelaan sendiri.

\”Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Bentong yang bekerjasama menularkan siaran media bertarikh 5 Disember sehingga sampai ke pengetahuan mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook Polis Bentong hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan bahawa polis menerima laporan kehilangan Thilagawathy daripada suaminya dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak polis.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....