Home Nasional RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig diluluskan secepat mungkin bagi meningkatkan liputan perlindungan sosial dalam kalangan penggiat gig di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata pekerja gig di Malaysia bakal menerima perlindungan lebih menyeluruh apabila RUU itu diluluskan selepas dijangka dibentangkan di Parlimen, Jun ini.

\”Untuk makluman, tahun lalu di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, hampir satu juta pencarum dilindungi. Daripada jumlah itu, kira-kira 12 hingga 13 peratus merupakan mereka yang bekerja dalam sektor pengangkutan barangan dan makanan, termasuk e-hailing.

\”Pada tahun yang sama, sebanyak 4,758 kes tuntutan direkodkan bagi skim ini, dengan pembayaran faedah mencecah RM24.2 juta. Sementara itu, bagi sektor pengangkutan barangan dan makanan, terdapat 1,535 kes tuntutan dengan jumlah pembayaran faedah hampir RM9 juta,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Foodpanda dan PERKESO di ibu negara.

Dalam pada itu, Steven turut memaklumkan liputan perlindungan sosial dalam kalangan penggiat gig masih rendah, iaitu sekitar 26 peratus, berbanding 1.16 juta individu yang bekerja dalam sektor tersebut di seluruh negara.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...