Home Nasional Runtuhan Besar: Jalan KK-Keningau-Tenom ditutup sepenuhnya
Nasional

Runtuhan Besar: Jalan KK-Keningau-Tenom ditutup sepenuhnya

Runtuhan Besar: Jalan KK-Keningau-Tenom ditutup sepenuhnya

Jalan KK-Keningau-Tenom ditutup akibat runtuhan cerun, kerja pembersihan sedang dijalankan/Foto JKR Sabah

KOTA KINABALU, 9 Mac – Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom masih ditutup kepada lalu lintas susulan kejadian runtuhan cerun akibat hujan lebat di kawasan tersebut.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

Bagaimanapun laluan masih belum dapat dibuka disebabkan skala runtuhan yang besar.

\”Kerja-kerja pembersihan runtuhan sedang giat dijalankan. Jalan belum dapat dibuka kepada lalu lintas kerana skala runtuhan yang besar,\” menurut kenyataan itu pagi ini.

Setakat pukul 9.41 pagi tadi, laluan di CH154.600 / 144.700 masih terhalang dan tiada jalan alternatif disediakan bagi pengguna jalan raya yang terjejas.

JKR Sabah akan terus mengemas kini perkembangan status jalan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan pengguna.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...