Home Nasional Rumah dirempuh treler: Khidmat kaunseling, lawatan susulan tanda sokongan moral kepada keluarga mangsa
Nasional

Rumah dirempuh treler: Khidmat kaunseling, lawatan susulan tanda sokongan moral kepada keluarga mangsa

Rumah dirempuh treler: Khidmat kaunseling, lawatan susulan tanda sokongan moral kepada keluarga mangsa

Rumah mangsa rosak teruk akibat dirempuh treler pada kejadian 3 Ogos lalu

KUANTAN, 9 Ogos- Sesi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa dua beradik yang maut selepas rumah dirempuh sebuah treler, di Kampung Ketapang Hilir Pekan minggu lalu, akan diteruskan.

Sesi kaunseling itu antara inisiatif bagi memberikan semangat kepada keluarga mangsa untuk kembali kuat meneruskan kehidupan.

Menurut Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan; pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus melakukan khidmat kaunseling dan lawatan susulan sebagai sokongan moral kepada ahli keluarga.

Selain itu, katanya JKM juga sedia membantu dari segi khidmat nasihat dan keperluan lain dalam memastikan sebarang masalah dihadapi keluarga dihadapi mangsa dapat diselesaikan.

\”Seperti yang saya lihat sebelum ini memang keluarga ini berada dalam keadaan murung, kita tengok pada kestabilan emosi keluarga, yalah kehilangan anak dua orang sekali gus,\”katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus kepimpinan Wanita Berinovasi “Women As Nation Leaders” (WANLeads), di Kuantan, Pahang.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, dua adik-beradik Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 31, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Maran dan adiknya, Mohd Waldon Faris, 21, terkorban, selepas sebuah treler merempuh rumah mereka di Kilometer 5, Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...