KUANTAN, 16 April- Tiga lelaki mengalami kecederaan dan melecur apabila rumah dihuni mereka terbakar di Lorong Alor Akar 55 di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata, kebakaran itu turut mengakibatkan dua buah kereta dan 10 buah motosikal hangus sepenuhnya.
\”Pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 9.24 malam.
\”Susulan itu, sepasukan 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Taman Tas bersama 7 jentera digerakkan ke lokasi,\” kata Mohd Salahuddin.
Ketika sampai di tempat kejadian pihaknya mendapati, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 20 kali 70 kaki persegi.
Rumah yang dijadikan tempat berkumpul dan membaiki motosikal itu, musnah 100 peratus.
Kejadian berkenaan turut menyebabkan tiga penghuni cedera dengan masing-masing melecur di bahagian kaki, tangan serta badan; dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.