Home Nasional RTM raih kejayaan di Anugerah CIDB 2024
Nasional

RTM raih kejayaan di Anugerah CIDB 2024

RTM raih kejayaan di Anugerah CIDB 2024

Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM) memenangi tempat pertama

KUALA LUMPUR, 26 November – Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM)memenangi tempat pertama dalam kategori Media Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian menerusi dokumentari bertajuk \’Dia – Dato Baharuddin Abu Kasim\’ hasil karya wartawan Rozihan Mohd Raji.

Rozihan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan RTM serta pasukan produksi dokumentari tersebut.

“Dokumentari ini bukan tugas mudah kerana melibatkan tokoh-tokoh yang memiliki prestij tersendiri,” katanya.

2611 CIDB AIN

RTM Perak turut menerima pengiktirafan dalam kategori Penyiaran Radio, yang diperkenalkan buat kali pertama pada anugerah itu.

Penerima Norahidah Abdul Rahim dan PERAK FM diwakili Nor Ain Abu Bakar, menerima hadiah merit.

“Kemenangan ini tidak dijangka, namun ia bukti keikhlasan dalam menghasilkan produk berkualiti yang bermanfaat kepada masyarakat dan penonton RTM,” kata Nor Ain kepada RTM selepas Anugerah Pembinaan CIDB 2024 di sebuah hotel di ibu negara, malam Selasa.

2611 CIDB PERAK

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam acara Malam Media Kementerian Kerja Raya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib.

Secara keseluruhan, 29 wartawan menerima anugerah utama manakala 11 wartawan menerima anugerah merit.

Ini sekali gus menjadikan malam itu satu penghargaan besar kepada pengamal media yang berbakti dalam bidang penyiaran dan pembinaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....