Home Nasional RTM raih Anugerah Rancangan Radio Terbaik
Nasional

RTM raih Anugerah Rancangan Radio Terbaik

RTM raih Anugerah Rancangan Radio Terbaik

Juruhebah AiFM Koo Shu Leen (kiri) menerima anugerah Rancangan Radio Terbaik yang disampaikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

PETALING JAYA, 3 September- Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya merangkul anugerah Rancangan Radio Terbaik Dalam Membina Jambatan Budaya di Majlis Anugerah Media Antarabangsa Institut Penyiaran Asia-Pasifik (AIBD).

Ia dianugerahkan kepada program Selamat Pagi Kawan!, terbitan Radio AiFM.

Juruhebah AiFM Koo Shu Leen berkata, teruja dan bangga dengan pengiktirafan anugerah yang diberikan.

\”Saya amat teruja dan bangga menerima anugerah AIBD ini.

\”…dan bendera ini saya bawa sendiri ke majlis penganugerahan itu. Anugerah ini lebih bermakna lagi di Bulan Kebangsaan dan Bulan Hari Malaysia ini. Anugerah ini untuk AiFM, RTM dan Tanah Airku Malaysia,\” katanya.

Pengiktirafan itu diterima atas usaha cemerlang program tersebut dalam mengetengahkan serta menggalakkan integrasi dan keterangkuman antara budaya dikalangan masyarakat berbilang kaum.

Anugerah berprestij itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di sini dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman.

Selain itu, ia dihadiri lebih 400 pengamal media dari dalam dan luar negara.

Majlis itu merupakan sebahagian daripada acara Sidang Kemuncak Media Asia ke-19 bermula 1 September lalu hingga Khamis ini.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...