Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional RTM penyiar rasmi ASEAN 2025
Nasional

RTM penyiar rasmi ASEAN 2025

RTM penyiar rasmi ASEAN 2025

Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai penyiar rasmi Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Beliau yang juga merupakan jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan berkata, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia pastinya akan menjadi tumpuan serantau dan dunia.

\”Bagi pihak Kementerian Komunikasi sukacita saya maklumkan bahawa RTM dilantik sebagai penyiar rasmi,manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dilantik sebagai Media Rasmi dan Penyelaras Pusat Media Antarabangsa bagi Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

\”Insya-Allah, kepengerusian kali ini juga bakal membuka pelbagai peluang ekonomi yang besar kepada rakyat,\” katanya.

Beliau sebelum itu bersama-sama jemaah menteri menghadiri Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 yang berlangsung dengan Sidang-Sidang Kemuncak berkaitan dan Majlis Penyerahan Jawatan Pengerusi ASEAN di Vientiane.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menerima tukul Kepengerusian ASEAN daripada Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone sebagai simbolik penyerahan jawatan berkenaan.

Anwar turut memperkenalkan logo dan tema untuk Pengerusi ASEAN Malaysia 2025: ‘Keterangkuman dan Kelestarian’ pada majlis berkenaan.

Malaysia akan memulakan tugas sebagai Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Januari 2025.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...