Home Nasional RMK-13: Semak semula inisiatif perlu ditambah baik, tidak relevan
Nasional

RMK-13: Semak semula inisiatif perlu ditambah baik, tidak relevan

RMK-13: Semak semula inisiatif perlu ditambah baik, tidak relevan

Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr. Ida Md Yasin (gambar kecil)

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Semak semula inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) disifatkan sebagai langkah wajar untuk memperbaiki kelemahan sedia ada dan memastikan perancangan yang lebih mampan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr. Ida Md Yasin, langkah itu penting untuk menilai keberkesanan setiap inisiatif dan menyesuaikannya dengan keperluan semasa.

Beliau mencadangkan tiga kategori semakan, iaitu inisiatif berimpak positif, perlu penambahbaikan, dan tidak lagi relevan.

\”Bagi inisiatif yang impaknya positif, ia perlu diteruskan. Manakala, bagi inisiatif yang tidak begitu baik tetapi masih relevan, kaedah pelaksanaannya perlu diperbaiki,\” katanya ketika dihubungi RTM baru-baru ini.

Dr. Ida turut menekankan bahawa sesetengah inisiatif mungkin tidak lagi relevan dalam tempoh lima tahun, dan ini memberi ruang untuk menggantikannya dengan inisiatif baharu yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

Tambahnya, semakan semula adalah peluang penting untuk memperkasa program sedia ada dan memastikan strategi pembangunan ekonomi yang lebih mampan dalam RMK-13.

\”Langkah ini memandu strategi ekonomi negara agar kekal relevan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan,\” ujarnya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) dan Pelan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025 disemak semula agar selari dengan fokus RMK13.

Keperluan itu wajar untuk mengenal pasti pencapaian, jurang, dan ruang penambahbaikan, terutamanya dalam memperbaiki perkhidmatan kepada masyarakat desa.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...