Home Nasional RM710,000 peruntukan khas perkasa PPDK Wilayah Persekutuan
Nasional

RM710,000 peruntukan khas perkasa PPDK Wilayah Persekutuan

RM710,000 peruntukan khas perkasa PPDK Wilayah Persekutuan

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Sebanyak RM710,000 peruntukan khas disalur Jabatan Wilayah Persekutuan bagi memperkasa Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh Wilayah Persekutuan.

Dana tersebut diagihkan kepada 15 PPDK merangkumi 10 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan dua di Labuan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai @ Thomas berkata, inisiatif bertujuan memberi keselesaan komuniti OKU khususnya anak-anak kurang upaya dapat belajar dalam suasana kondusif dengan kelengkapan yang mencukupi.

\”Ini adalah komitmen kita dalam memastikan komuniti OKU di Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan sokongan yang sewajarnya untuk menjalani kehidupan dengan lebih produktif,\” katanya.

Menurutnya lagi, peruntukan tersebut turut mencakupi pembaikan premis dan pembelian peralatan serta keperluan asas untuk melancar dan memperkasa program PPDK.

Katanya dalam ucapan perasmian Program Pembangunan Komuniti Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....