Home Nasional RM6 juta untuk perkasa infrastruktur sukan dan belia Negeri Sembilan
Nasional

RM6 juta untuk perkasa infrastruktur sukan dan belia Negeri Sembilan

RM6 juta untuk perkasa infrastruktur sukan dan belia Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun

SEREMBAN, 10 Disember – Peruntukan RM6 juta disediakan bagi bagi Pemerkasaan Infrastruktur Sukan Negeri Sembilan serta pemerkasaan belia dan sukan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukan tersebut adalah untuk menaik taraf bilik persalinan Stadium Tuanku Abdul Rahman dan Center Court Paroi, Kompleks Sukan Mini Telok Kemang, Port Dickson dan kerja-kerja pembaikan kecil fasiliti sukan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya melalui peruntukan itu, dapat meningkatkanusaha menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab kecemerlangan belia dan sukan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

\”Mari kita tingkatkan usaha untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab kecemerlanganbelia dan sukan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Negeri Sembilan adalah negeri yang perlu menjadi pesaing yang hebat kepada negeri-negeri lain.

\”Pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) perlu lebih proaktif dalam memastikan semua persatuan-persatuan sukan dapat memberikan komitmen dalam memastikan lebih banyak kejayaan yang dicapai pada masa akan datang,\” Aminuddin berucap sempena Malam Apresiasi Belia dan Sukan, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....