Home Nasional RM50 juta perkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam
Nasional

RM50 juta perkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam

RM50 juta perkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kiri) / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi memperkasa dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, dengan peruntukan tersebut akan diagihkan kepada 28 kementerian.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata peruntukan tersebut akan digunakan untuk pelbagai inisiatif termasuk membuka peluang latihan dalam dan luar negara bagi meningkatkan kemahiran pegawai awam.

“Kami bukan sahaja menyediakan latihan di dalam negara, malah juga peruntukan besar untuk menghantar pegawai ke luar negara. Setiap kementerian diberi tanggungjawab mengenal pasti kursus yang diperlukan bagi memenuhi tujuh bidang tujahan yang menjadi panduan pentadbiran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad menekankan keperluan transformasi digital dalam perkhidmatan awam, khususnya dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Transformasi digital sangat penting untuk menggantikan kerja konvensional dengan proses automasi. Contohnya, pengeluaran lesen dan sijil tertentu perlu didigitalisasi agar lebih cepat, mudah, dan efisien.

\”Dengan bantuan AI, proses ini dapat diselesaikan dengan lebih pantas, memberi manfaat langsung kepada rakyat,” tambah beliau.

Pendekatan itu katanya diharap dapat memastikan perkhidmatan awam lebih cekap, berkualiti, dan menjimatkan masa, sekali gus menyokong agenda transformasi negara secara menyeluruh.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...