Home Nasional RM50 juta martabat Bahasa Kebangsaan ke peringkat antarabangsa
Nasional

RM50 juta martabat Bahasa Kebangsaan ke peringkat antarabangsa

RM50 juta martabat Bahasa Kebangsaan ke peringkat antarabangsa

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan / Foto DBP

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Peruntukan sebanyak RM50 juta menerusi Belanjawan 2025 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan, khususnya Bahasa Melayu, ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan berkata dana tersebut dapat memperkukuhkan program-program yang mempromosikan bahasa itu di pentas global, seperti Sayembara Deklamasi Puisi Melayu.

Katanya, program tersebut menjadi wadah penting dalam menyebarkan Bahasa Melayu di luar negara, terutamanya melalui penyertaan pelajar antarabangsa di Malaysia.

\”InsyaAllah, kita akan meneruskan Sayembara pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih meriah. Dengan peruntukan ini, kita akan berkongsi bersama untuk memastikan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu diteruskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa,\” katanya dalam ucapan sempena Sayembara Deklamasi Puisi Melayu Antarabangsa Ke-2 Tahun 2024, yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu.

Sayembara tersebut yang kini memasuki penganjuran kali kedua menyaksikan penyertaan daripada 11 peserta mewakili 11 negara, termasuk Palestin, Rusia, dan Jepun.

Peserta dari Malaysia, Tai Weuy Liang muncul Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan dan watikah penghargaan.

Naib Johan disandang wakil Thailand, Nusanwari Ha’ yang menerima wang tunai RM3,000 bersama hadiah iringan dan watikah penghargaan.

Sayembara dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) di mana edisi pertama diadakan pada tahun 2022.

Related Articles

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTMKANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi...

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Foto RTMKUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak...

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 8 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri terus...

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad
Nasional

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad

KPKT progresif tutup 2,634 tapak pelupusan sampah haram tahun 2024NILAI, 7 Disember...