Home Nasional RM493 juta dilulusakan untuk 13 projek tebatan banjir di Klang
Nasional

RM493 juta dilulusakan untuk 13 projek tebatan banjir di Klang

RM493 juta dilulusakan untuk 13 projek tebatan banjir di Klang

Gambar hiasan

SHAH ALAM, 27 November – Sebanyak RM493 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 13 projek tebatan banjir di Klang dalam usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

Exco Infrastruktur Selangor, Ir. Izham Hashim, memaklumkan bahawa sembilan daripada projek tersebut sedang dalam pelaksanaan, termasuk tebatan banjir di Sungai Kandis (32 peratus), Sungai Rasau (28 peratus), Taman Melawis (66 peratus), Lembangan Sungai Rasau (77 peratus), dan Sungai Kembong (49 peratus).

\”Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan masing-masing menyumbangkan RM133.8 juta dan RM359.7 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor untuk melaksanakan projek ini,\” katanya di Dewan Negeri Selangor (DUN) pada Selasa.

Empat lagi projek yang sedang dilaksanakan ialah tebatan banjir di Sungai Pinang (52 peratus), kolam takungan banjir Lebuhraya Shapadu (22 peratus), Sungai Klang (12.85 peratus), dan Sungai Kapar (1.93 peratus).

Izham turut memaklumkan bahawa empat projek lain masih berada dalam fasa prapelaksanaan, termasuk tebatan banjir Sungai Enam Sementa, sistem saliran di Batu Empat Jalan Kapar, Batu Tujuh dan Batu Lapan Jalan Bukit Kemuning, serta sistem saliran Kampung Johan Setia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....