Home Nasional RM40 juta diperuntuk naik taraf klinik daif di Sarawak
Nasional

RM40 juta diperuntuk naik taraf klinik daif di Sarawak

RM40 juta diperuntuk naik taraf klinik daif di Sarawak

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni / RTM

KUCHING, 23 Januari- Sejumlah RM40 juta diperuntuk bagi menaik taraf 50 buah klinik daif di Sarawak bawah Inisiatif Bitara MADANI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata jumlah peruntukan itu meningkat berbanding sebelumnya membuktikan kepekaan kerajaan dalam memperbaharui fasiliti kesihatan khsususnya di negeri ini.

\”Satu peningkatan yang agak besar dengan menaik taraf 50 klinik pada tahun 2025. Pada tahun lepas juga banyak klinik kita bina salah satunya Klinik Singai dan sebahagian peruntukan yang kita dengar selama ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan Premier Sarawak adalah RM50 juta di mana kita akan bangunkan enam atau tujuh klinik baharu yang kita roboh dan bina semula,\” katanya.

Jelasnya, kementerian akan terus memantau projek naik taraf klinik-klinik yang dicadangkan agar proses berjalan lancar dan memastikan masyarakat luar bandar mempunyai fasiliti kesihatan yang selesa.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Jom Sihat bersama Komuniti di Kuching hari ini.

Seramai lebih 300 peserta menyertai program berkenaan yang melibatkan aktiviti senaman Zumba dan berjalan kaki 10,000 langkah .

Sementara itu dalam memperkasa fasiliti kesihatan rakyat khususnya di Sarawak, beliau memaklumkan KKM bakal melancarkan dua hab kesihatan masing-masing di Kota Samarahan dan Sibuti tahun ini.

Hab itu akan menjadi pusat sehenti yang menawarkan perubatan, kaunseling kesihatan dan pusat sehenti komuniti My CHAMPION.

Ujarnya, penubuhan pusat yang sama akan terus diperluaskan ke semua kawasan Parlimen. Setakat ini lima hab kesihatan telah diwujudkan di Sabah.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...