Home Nasional RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah – Anwar
Nasional

RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah – Anwar

RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 4 Ogos-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 billion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini, dan bukan hanya untuk pembangunan sahaja.

Anwar turut menjelaskan peruntukan yang diumumkan merangkumi perbelanjaan pelbagai perkara antaranya sekolah, pendidikan untuk anak-anak, menjaga sempadan bagi keselamatan rakyat dan pembangunan negeri.

Katanya dakwaan kononnya beliau menipu tentang peruntukan itu tidak benar sama sekali dan menasihatkan kepada semua pihak terutama pemimpin yang dianggapnya sebagai kawan, supaya mendapatkan maklumat yang sahih atau terus bertanya kepadanya sebelum mengeluarkan kenyataan.

\”Tidak hanya RM6.6 billion sahaja (peruntukan untuk Sabah seperti didakwa), kerana RM6.6 billion itu hanya peruntukan pembangunan.Siapa nak bayar guru, siapa nak baiki jalan dan jaga sempadan. Itu semua termasuk dalam RM16 billion. Ada yang kata letak (nombor) satu di depan jadilah RM16 billion, jangan begitu.

\”Kalau mahu jadi kawan, perangai macam kawan. Mesti ada adab sebagai kawan.

\”Tidak perlu cakap terima kasih kepada kita, hanya hargailah sikit. Kalau tidak cukup kita runding, minta lagi secara baik sebagai kawan itu tiada masalah,\” katanya berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa subsidi diesel dikekalkan di Sabah dan Sarawak berikutan penggunaan meluas oleh rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

Selain itu, Anwar turut mahu Lebuhraya Pan Borneo Sabah disiapkan segera dan tidak tertangguh akaibat pelbagai masalah

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....