Home Nasional RM1.5 juta diperuntuk penganjuran KUD @ Festival D’Bendang Melaka
Nasional

RM1.5 juta diperuntuk penganjuran KUD @ Festival D’Bendang Melaka

RM1.5 juta diperuntuk penganjuran KUD @ Festival D’Bendang Melaka

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Penutup Karnival Usahawan Desa (KUD)@Festival D’ Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai di sini hari ini.

JASIN, 11 Ogos – Sebanyak RM1.5 juta peruntukkan akan diberi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD)@Festival D’Bendang Melaka tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selepas melihat kejayaan penganjurannya tahun ini dan akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi menyokong aktiviti pelancongan di kawasan luar bandar, selain membantu Melaka dalam persiapan sambutan Hari Pelancongan Dunia tahun depan serta Tahun Melawat Malaysia pada 2026.

“Potensi ini cukup besar sebenarnya sebab apa saya tidak fikir hanya orang Melaka sahaja yang akan datang sini sebab orang Johor juga akan datang terutamanya daerah Muar dan juga di selatan Johor akan berada di sini. Jadi ini bukan hanya soal pelancongan domestik untuk mengambil pelancong dalam negeri tetapi kalau promosinya dijalankan apatah lagi pada tahun 2026 kita akan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia ,tahun hadapan kita boleh promosikan festival ini bersama- sama dengan Kementerian Pelancongan,\” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Usahawan Desa (KUD)@Festival D’ Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata KKDW telah melatih, menyelia, membiayai dan memantau lebih 500,000 usahawan desa dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, kerajaan menerusi Majlis Halal Malaysia juga mengambil langkah bukan hanya untuk mempromosikan produk usahawan, malah turut berjaya mewujudkan ekosistem kondusif bagi meramaikan lagi usahawan dalam sektor industri halal.

\”Bagi memperkasakan masyarakat luar bandar, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk inisiatif Dana Komuniti MADANI, bagi membantu masyarakat desa memulakan projek ekonomi sendiri,\” ujarnya.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...