Home Nasional RISDA sediakan RM7.9 juta laksana operasi pembangunan di Sik
Nasional

RISDA sediakan RM7.9 juta laksana operasi pembangunan di Sik

RISDA sediakan RM7.9 juta laksana operasi pembangunan di Sik

Abdul Aziz Awang

SIK, 24 Oktober- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan peruntukan sebanyak RM7.9 juta bagi melaksanakan operasi pembangunan pekebun kecil getah di sini tahun ini.

Pembangunan tersebut meliputi enam teras utama merangkumi program bantuan tanam semula getah, pembangunan usahawan, agromakanan, skim getah matang, khidmat pengembangan serta bantuan musim tengkujuh.

Pengarah RISDA Negeri Kedah Abdul Aziz Awang berkata, pada tahun 2024, Pejabat RISDA Daerah Sik telah diperuntukkan sebanyak 460 hektar bagi prosespenanaman semula getah dan pembukaan kebun getah baharu dengan nilai bantuan sebanyak RM13,710 sehektar.

\”Sebagai salah satu tanaman yang menjana ekonomi negara, RISDA menggalakkan pekebun kecil melakukan proses tanam semula getah.

\”Antara tujuan penanaman semula getah termasuk mengganti pokok getah tua,mengganti pokok getah tidak ekonomik, mendapatkan baka lebih baik, menjanadan menambah pendapatan.

\”Penanaman semula getah dan pembukaan kebun getah baharu ini juga merupakan \”entry point\” bagi pekebun kecil menikmati pelbagai lagi bantuan yang disediakan RISDA,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG) Peringkat RISDA Daerah Sik di Kampung Belantek, di sini.

Ia termasuk bantuan khidmat nasihat teknikal, input pertanian, prasarana ladang, peningkatan ekonomi melalui keusahawanan dan agromakanan, pembangunan modal insan dan institusi serta pelbagai manfaat lain.

Pada masa ini, 13,934 pekebun kecil di daerah Sik yang bergantung kepada sumber komoditi itu.

Ia menjadi fokus kepada RISDA yang merupakan agensi bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menambah baik taraf hidup pekebun kecil melalui aspirasi Desa MADANI.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pegawai Daerah Sik, Faisal Rizal Mohammad dan Pegawai RISDA Daerah Sik, Mohd Kamil Abdul Rahman.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....