Home Nasional RISDA digesa teroka program baharu tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Nasional

RISDA digesa teroka program baharu tingkatkan pendapatan pekebun kecil

RISDA digesa teroka program baharu tingkatkan pendapatan pekebun kecil

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai– Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) digesa untuk meneroka program baharu bagi meningkatkan pendapatan golongan pekebun kecil.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah baharu itu, bagi membawa pembaharuan daripada terus bergantung pada sektor getah semata-mata.

\”Soalnya apabila harga komoditi ini turun naik ikut permintaan di pasaran antarabangsa dan kita menghadapi persaingan dengan getah tiruan atau getah sintetik.

\”Maka ini cabaran paling getir yang dihadapi oleh kita semua dan pihak kerajaan sehingga harga lantai itu dinaikkan dan kenaikan ini pun belum dapat diselesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekebun kecil\”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Program Tuisyen Rakyat RISDA 2023 di sini hari ini.

Beliau turut mengharapkan kepimpinan baharu RISDA, melakukan \’pengubah keadaan\’ agar pekebun kecil mendapat manfaat secara langsung daripada perubahan itu.

Tempoh satu tahun diberi kepada pengurusan tertinggi RISDA untuk melihat bukan hanya dari segi keuntungan, tetapi keberhasilan kepada golongan pekebun kecil dengan perubahan-perubahan drastik.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...