Home Nasional Ringgit mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan
Nasional

Ringgit mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan

Ringgit mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

SEPANG, 27 September- Ringgit diunjurkan terus mengukuh disokong usaha berterusan kerajaan merancakkan ekonomi semasa.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata prestasi ringgit terus mengukuh berikutan perkembangan baik ekonomi negara, peningkatan pelaburan dan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat.

\”Kalau kita tengok keadaan macam ini yang paling penting ialah kita kena merancakkan ekonomi termasuk membawa masuk lebih ramai pelabur selain permintaan ke atas ringgit supaya ringgit lebih mengukuh.

\”Tetapi apa yang kita belajar kali ini, sekiranya ada usaha sama antara kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Bank Negara, insya-Allah kita boleh stabilkan ringgit dalam apa-apa kondisi yang ada,\” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian 40 unit mesin pengimbas bagasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ringgit hari ini ditutup kepada 4.12 berbanding dolar AS sekali gus muncul antara mata wang berprestasi terbaik di peringkat dunia.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...