Saturday , 8 February 2025
Home Nasional Ringgit mata wang berprestasi terbaik dunia, 3 bulan lalu
Nasional

Ringgit mata wang berprestasi terbaik dunia, 3 bulan lalu

Ringgit mata wang berprestasi terbaik dunia, 3 bulan lalu

Foto hiasan

SHAH ALAM, 1 Oktober– Ringgit Malaysia diiktiraf sebagai mata wang berprestasi terbaik di peringkat global sejak tiga bulan lalu.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam tempoh tiga bulan, ringgit mengukuh sebanyak 11 peratus, mengatasi mata wang lain di seluruh dunia.

Tambahnya, Malaysia berpotensi menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 jika semua pihak memberi tumpuan untuk meningkatkan prestasi ringgit.

\”Sebenarnya kita sebagai sebuah negara telah membuktikan bahawa kita mampu, nak tak nak kita terpaksa terima faktanya, contohnya ialah Ringgit Malaysia adalah mata wang yang paling baik dalam seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan yang lepas. Maksudnya liga kita bukan lagi liga di sini. Kita menunjukkan kita mampu naik jadi yang paling tinggi dalam dunia\”, katanya.

Jelas Rafizi, prestasi ringgit mencerminkan pengurusan ekonomi dan dasar strategik kerajaan.

Beliau berucap semasa sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 Kementerian Ekonomi bersama kerajaan negeri Selangor 2024 di Shah Alam, hari ini.

Katanya, prestasi mata wang pula tidak dinilai berdasarkan nilainya sahaja, tetapi juga diukur sama ada ia mengukuh atau melemah pada masa tertentu.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...