Home Nasional Ribut Tropika Kristine di Filipina: Malaysia teguh bersama, beri bantuan kemanusiaan
Nasional

Ribut Tropika Kristine di Filipina: Malaysia teguh bersama, beri bantuan kemanusiaan

Ribut Tropika Kristine di Filipina: Malaysia teguh bersama, beri bantuan kemanusiaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 November – Malaysia menyatakan dokongan penuh dan berdiri teguh bersama-sama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan yang dihadapi penduduk,susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima panggilan daripada Presiden Republik Filipina Ferdinand \’Bombong\’ Romualdez Marcos petang tadi sekali lagi mengulangi pendirian bekerjasama lebih rapat dengan Filipina.

Ia sebagai memperkukuh perencanaan dan tindak balas tangkas terhadap bencana.

\”Lantaran itu, tragedi dahsyat seperti ini memberi peringatan kepada kita akan pentingnya perpaduan serta kerjasama serantau yang erat.

\”Sementara kita menggerakkan bantuan segera, kedua kami menyatakan perlunya usaha menyumbang kepada pemulihan jangka panjang serta inisiatif ke arah pembinaan semula,\” kata Anwar.

Jelasnya, tragedi tersebut turut memberi peringatan bahawa pentingnya perpaduan serta kerjasama serantau yang lebih erat.

\”Kepada Presiden Bongbong dan rakyat Filipina, takziah saya ucapkan dan Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan tidak akan sesekali mengabaikan tetangganya terutama di saat getir dan tragedi,\”

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....