Home Nasional Ribut petir, hujan lebat landa Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi – MetMalaysia
Nasional

Ribut petir, hujan lebat landa Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi – MetMalaysia

Ribut petir, hujan lebat landa Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi – MetMalaysia

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober– Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak, Pantai Timur dan Sabah hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 malam ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, Perak

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.

Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....