Home Nasional Ribut petir, hujan lebat dijangka di 10 negeri hingga 1 pagi
Nasional

Ribut petir, hujan lebat dijangka di 10 negeri hingga 1 pagi

Ribut petir, hujan lebat dijangka di 10 negeri hingga 1 pagi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Januari– Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri sehingga 1.00 pagi esok (27 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, kawasan terlibat seperti Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, di Pahang (Cameron Highlands, Bentong, Temerloh dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).

Amaran sama turut melibatkan seluruh kawasan di Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.

Sementara itu, kawasan terlibat di Sarawak meliputi Miri dan Limbang, manakala di Sabah, merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....