Home Nasional Ribut petir, hujan lebat & angin kencang dijangka di Sabah pagi ini
Nasional

Ribut petir, hujan lebat & angin kencang dijangka di Sabah pagi ini

Ribut petir, hujan lebat & angin kencang dijangka di Sabah pagi ini

Foto hiasan

PETALING JAYA, 10 Disember– Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Sabah sehingga 11.00 pagi ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan beberapa kawasan yang terlibat di negeri itu seperti pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada masih berkuatkuasa di beberapa negeri sehingga esok.

Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan dan Pekan).

Manakala, hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Pahang (Jerantut, Maran dan Rompin).

Sementara, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....